Peringatan, cerita ini tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. ini hanyalah perkara merepek yang aku taip rekaan semata-mata..
Kadang2,
waktu malam yg sunyi, tiba2 kenangan silam menghantui saya. saya teringat tentang kisah lama saya bersama awak. waktu kita rapat dulu. sekarang ini saya rasa seperti nak balik semula ke masa dulu. terlalu banyak kenangan manis saya dan awak. agaknya, awak masih ingat saya lagi tak? maksud saya, awak ingat kenangan dulu tu? saya... saya rindu awak. saya rindu nak bercakap dan berborak dengan awak. tapi saya tahu yang saya tak mungkin dapat buat semua tu lagi...
Awak,
saya harap sangat awak & saya rapat macam dulu.. balik sekolah sama2.. borak petang2 depan rumah awak.. ketawa sama2 dan saling mengejek antara kita. dan sebelum awak pergi, kita selalu bergayut dalam telefon malam2 kan.. bercerita tentang hidup masing2.. dan ade sekali tu kita berborak lebih dari 4 jam.. mungkin bagi orang lain ianya hanyalah sekejap tapi waktu itu adalah waktu yang terindah bagi saya. heh, mungkin awak dah lupakan semua tu. bila saya teringat semua kenangan dulu, saya rasa klakar.. best pun ade.. gembira pun ade.. dan sedih pun ade. tapi, masa tak boleh diputar balik. kan?
Disana,
awak dah jumpa seseorang. awak dah bahagia sekarang.. awak dah takkan kisah hidup awak waktu dulu. bagi awak, dialah segala-galanya. awak lupakan semuanya.
Disini,
saya menderita. saya tak bahagia seperti yang awak harap sebelum ini. saya menderita kerana kata2 awak. saya sakit hati. tapi dengan senang awak suruh lupakan dan anggap tak ada apa yang berlaku. saya juga seorang perempuan. ada hati dan perasaan. Saya menangis.
Sekarang,
saya cuba untuk lupakan awak.. saya cuba untuk teruskan kehidupan seperti biasa. saya cuba untuk terima lelaki lain.. tapi... setiap kali saya bercakap dan berborak dengan lelaki lain, saya rasa lain sangat. saya tak ada perasaan.. saya seperti dah tak percayakan lelaki lagi. saya jadi takut.. hinggakan saya akan bandingkan lelaki tu dengan awak.
10 tahun,
Saya kenal awak waktu kita sama2 berumur 10 tahun dan saya mula menyayangi awak waktu kita berumur 11 tahun. Kini, kita sudah pun berumur 21 tahun. Tak sangka kan, tahun ni sudah genap 10 tahun saya menanti dan menunggu awak. Ya, 10 tahun. Masa yg cukup lama bukan? Adakah saya seorang yang setia, awak?
Terakhir,
Awak memang kejam. Malam terakhir, sebelum awak berangkat, awak telefon dan bercakap dengan saya, awak sekali lagi memberi seribu satu harapan. Sebelum awak pergi, awak berikan kata-kata yang cukup menyentuh perasaan dan membuatkan saya setia menunggu awak. Tapi saya sangat bodoh kerana mempercayainya. Siapa sangka, rupanya itulah kata2 terakhir yang awak ucapkan pada saya. Yang terakhir kalinya.
Dulu,
Awak kata awak bersalah sangat pada saya. Setiap hari awak minta maaf pada saya kerana sakitkan hati saya. Awak layan saya dengan baik walaupun saya marah awak. Ya, awak layan saya hanyalah kerana rasa simpati awak pada saya kan?
Kini,
Betul sangkaan saya, setelah saya luahkan segala-galanya pada awak dulu, saya betul-betul kehilangan awak. Kita bergaduh, bersengketa. Itu yang terjadi. Dan kini dah tak ada lagi suara awak kedengaran. Tak ada lagi kata-kata dan khabar berita dari awak. Awak seperti hilang dari dunia saya. Awak sudah jumpa dunia baru di sana. Bersama si dia. Awak langsung tidak menegur saya. Membuat saya seperti tidak wujud.
Selama-lamanya,
saya takkan lupakan awak. saya takkan lupakan apa yang awak lakukan. saya takkan lupakan kata2 awak yang menyakitkan. saya juga tak mungkin lupakan semuanya tentang awak dan kenangan2 yang kita ada walaupun saya cuba.
Mungkin,
saya kata pada semua orang, saya dah tak sayang awak. dah lupakan awak. tapi itu hanya pada mulut saja.. tapi dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu bahawa saya tak mungkin lupakan awak.