Dalam sejam dua lagi, aku akan dapat kakak ipar yg pertama dalam hidup aku. Abang sulung aku akan bernikah selepas Isya’ pada malam ni (Jumaat). Kakak ipar ku tu org Pasir Mas, Kelantan. So nikahnye pun kat sana lah. Aku tak dapat pergi. Yang menghantar juz my parent, abg nash, ateh & makteh bersame anak2, dan pacik & macik.
Alasan aku ?
Banyak alasannye. Ade tutorial mirath yg x bole ponteng, nak ke mahkamah (MRSHL) utk cari kes2 assignment law, kerja2 yg makin bertimbun, kena jaga Pearl kat umah plus jaga umah, dan kereta tak muat nak ikot pun.
Perasaan aku?
Sejujurnya, aku xde rasa pape pun. Biasa je.. excited pun tak.. sbb tak rapat mungkin. Heh, dgn abg sendiri pun x rapat apetah lagi dgn kakak ipar kan. Tp takpe, aku akan cuba slow2. (yeke?) hohoho.
Pengiktirafan.
Aku tetap iktiraf akak tu jadi kakak ipar aku even ape pun yg dah terjadi dan mungkin akan terjadi. Hahaha.. tanak comment banyak2 pasal ni.
Berkeluarga.
Ape pun, kita semua dah jadi satu family. Tak kesah lah aku ade masalah dengan abang aku atau tak, kami tetap satu family. So, aku ucapkan GOOD LUCK dalam menempuh alam berkeluarga ni. And hope berubah lah perangai tu kepada yg lebih baik demi keluarga baru tu jugak. And hope lagi, dah xde la nak kacau siapa2 dah lepas ni. Hiduplah dengan keupayaan sendiri supaya beroleh barakah. Semoga Allah s.w.t merestui perkahwinan mereka dunia dan akhirat.
SELAMAT PENGANTIN BARU, abangku.

No comments:
Post a Comment