Awal pagi lagi dah bangun sebab nak menghantar keluarga ku yang akan berangkat ke Kelantan untuk majlis pernikahan abang sulung ku. Huhu, kelam kabut jugak laa pagi tadi. Kata nak bertolak jam 7.00 am, tengok2 bertolak jam 8.00 am. Katanya lagi ayah yang nak drive, tengok2 abg nash yang drive. hahaha. XD
Ketibaan.
Sampai je rumah jam 5.45 pm td aku terus message abg nash tanye dah ada kat mane?. Katanya, dah sampai ke destinasi jam 5.15 pm td. Dah sampai tu, bosan je katanya lagi.. hahahaha!! Apelah nasib abg nash, kesian die, takde kawan pastu adik tak dapat temankan. Turutkan saje lah yee, lepas dah selesai silalah berjalan dimana-mana. Pastikan membawa pulang ole-ole buat adik tersayang dan buah hati tercenta. hohoho ;)
Kelas Mirath.
Ustaz masuk lambat lagi ke kelas hari ni. Biasalah, kami dapat Ketua Jabatan sebagai lecturer. Sibuk memanjang. Meeting tak habis2. Kesian pun ade. Kami terima je lah keadaannya. Ustaz masuk je ke kelas, kami di beri tugasan menghafaz segala ‘formula’ untuk bahagian2 harta waris yang ade dalam beberapa pages hanye dalam masa sejam! Sumpah aku tak dapat hafaz dalam sejam tu. Huhuhu.
Assignment.
Lepas habis kelas Mirath, aku, fateen, ateerah dan asyrafiah bertolak ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat (MRSHL) kat Kajang. Tujuan utama kami adalah mencari kes2 yang berkaitan dengan assignment undang2 jenayah. Cth, kes2 seperti ‘Berkahwin Tanpa Kebenaran’, ‘Poligami Tanpa Kebenaran’, ‘Bersubahat’, ‘Berkhalwat’, ‘Arak’, ‘Judi’, dll. Jenuh mencari kes2 ni, siap kena panjat2 bagai kat dalam bilik kebal / bilik fail. Credits to ateerah sebab anda yang jadi mangsa untuk panjat. ((:
Lepas Rindu.
Ouh, datang je kat mahkamah, nampak kak Has sedang menjaga kaunter. Kami tunggu je lah kat luar sehingga dijemput masuk. Segan yang amat lah nak masuk sebab dah dua minggu tinggalkan mahkamah dan kami dah takde lagi title ‘practical student’ dan itu membuatkan kami lebih segan lagi lah! Hehehe. Aku 1st yang masuk. Masuk2 je, nampak kelibat abang hafiz sedang BUAT2 sibuk, and mak tiri yang masih kelihatan garang seperti biasa DAN Tuan Hakim Abdul Halim (Tuan Halim). Tn.Halim tetibe bersuara sambil tersenyum lebar, “eh, buat apa disini??”. Aku yang tengah blur pun hanye jawab “haaa?? Nak cari kes, Tn.Halim”. Tn.Halim kemudian bersuara lagi sambil ketawa, “Donat??? Mana donat?? Bawak laa donat kalau nak datang sini..haha”. suka betul Tn Halim ketawa. Kami hanye gelak je. Tak teringat langsung nak bawak buah tangan untuk warga MRSHL. Maaf ye. Ouh, rinduuuu yang amat waktu practical dulu. Rasa nak practical lagi je waktu datang tadi. Rinduuu dengan akak2 dan abg2 dan achik semua. T-T
Yang Arif.
Hari ni Tn.Halim concern sangat dengan kami. Dia asyik tanya sama ada kami dapat atau tidak bahan yang dicari. Actually, mukanya tertera perkataan bosan. Hehehe. Sebab hari ni hari jumaat dan selalunya beliau takde kes di dewan bicara sebab hari ni khas untuk kes2 khas iaitu kes2 Tn.Malik yang belum selesai. Maka, terjadilah jejak kasih antara Tn.Malik dengan kawan aku, asyrafiah (Tn.Malik ialah Tuan Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Klang dimana, itu adalah tempat asyrafiah ber-practical) huhuhu. Tak lama kemudian, semasa kami sedang khusyuk mencari fail kes dalam bilik kebal yang telah KEMAS & TERATUR itu, tetibe terpacul seseorang dipintu bilik kebal. Dengan selamber aku dengan excited nye memanggil “Tuaaaannnnnnnn!!!”. Ouh, Tn.Fazil rupanya. Excited sungguh diriku. Waktu practical tak pernah langsung aku panggil Tn.Fazil sebegitu rupa. Nasib baik respond beliau sangat best. Beliau dengan excited juga berkata “Yaaaaaaa! Buat apa tu?”. Ouh, sungguh sweeeeet senyuman MAHAL beliau. Oke, cair sebentar. Haha. ((: Tetibe teringat kesah antara farizatul dengan Tn.Fazil. Punye lah segan farizatul dengan Tn.Fazil tu sampai dia melarikan diri. Sungguh lawak disitu. HAHAHAHA!
Kerinduan Keseorangan.
Hmmmmm. Baru sehari mama ayah abgnash xde. Ouh, macam hilang arah kejap pun ade. Sebelum nih macam2 plan baeekkk punye nak buat time mereka xde. Tapi, haaaaaiihhh~ takde mood suda! Hehehehe XDD
Melalut.
Oh no! tengok, bila dah bosan, bila keseorangan, inilah yang terjadi. Post sangaaat lah panjang dan ayat juga sangat merepek. Baru sehari tanpa family, dah tak keruan. Hahaha. memang SAYA ANAK YANG MANJA & ADIK YANG MANJA. Apa boleh buat? Terima je lah seadanya. Huahuahuahua ;))

No comments:
Post a Comment